Tsunami Era Baru

Saya pasti ramai diantara kita internet user yang pernah terjumpa / terklik (sengaja atau tidak sengaja) dengan laman web yang dimiliki oleh 'Akmal Ariff' ni bukan? Mungkin segelintir daripada kita yang akan jawab "Sudah tentu! Aku memperoleh mendapatan yang lumayan selepas menjadi affiliate tsunamiwang". Atau ada juga akan kata "Ya! Memang berkesan formula Akmal Ariff ini!"

Dalam semua itu, tak kurang juga yang akan kata ebuku ini RUBBISH! Jangan Beli! Sebab apa? Cemburu? Iri hati? Atau mungkinkah isi ebuku ini benar2 "RUBBISH" ? Nah, entri hari ini bukanlah bertujuan nak menjual tsunamiwang tapi aku agak tergerak untuk tulis sikit tentang perniagaan seumpama ini. Jika benar, buku tsunamiwang ini ditulis oleh Akmal Ariff ini benar-benar ebuku yang original dan bukan hasil copycat mentah, aku memang 100% respect tabik dengan pendapatan RM55k yang diperolehi beliau.



Huh! Kalaulah aku tau isi kandungannya, hai.. Ah! Bukan aku sorang. Aku tau bukan semua agen affiliate buku tsunamiwang tu pernah baca buku ni! Aku berani jamin la! Membeli buku tsunamiwang bukan syarat untuk menjadi agen. As long kau jual! kau dapat komisen. Cukup lah! At least dapat jugak RM20. Tugas mudah.. antar email, sebar iklan. Promote sini sana. Sampaikan ada yang tak puas hati. Kesian.

Usahawan internet sepatutnya mereka yang benar-benar jujur menjalankan perniagaan. Aku bukan nak kata tsunamiwang itu tak jujur. Aku neutral. Tapi aku lebih bangga kalau aku sendiri mampu untuk menulis ebuku tentang topik UNIK yang bisa menjadi jawapan untuk persoalan orang. Dengan cara ini, aku lebih puas! Aku yang tulis sudah pasti aku puas, ape kelas kalau copy & paste! Tak begitu? JUJUR. Kalau tak mampu menulis ebuku, Blogging pun boleh menjana pendapatan. Apalagi mau tunggu? Apakata kita mulakan TSUNAMI ERA BARU kita lepas ni?

0 comments:

 
Wapunya Blog! © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Distubed Tour