• Blockquote

    Sed dignissim mauris nec velit ultrices id euismod orci iaculis. Aliquam ut justo id massa consectetur pellentesque pharetra ullamcorper...

  • Duis non justo nec auge

    Sed dignissim mauris nec velit ultrices id euismod orci iaculis. Aliquam ut justo id massa consectetur pellentesque pharetra ullamcorper...

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Sed dignissim mauris nec velit ultrices id euismod orci iaculis. Aliquam ut justo id massa consectetur pellentesque pharetra ullamcorper...

Produktiviti

Ari ini, talian internet tempat kerja aku agak slow. Entah apahal. Nak terus pegi marah TMNET tak boleh jugak sebab besar kemungkinan kelembaban talian ini disebabkan oleh rakan-rakan yang mengggunakan bandwidth sampai tahap mencakar langit. Tapi kalau nak marah TMNET ok jugak kot lebih-lebih lagi bila tengok blog orang lain asyik marah-marah TMNUT TMNET. Hmm..

Tak payahlah marah sangat.

Tunggu je lah sampai line ni okay nanti. Untuk pengetahuan anda sekalian, produktiviti aku bekerja ari ni kurang mantap. Inilah cons nya bila anda bekerja 100% bergantung kepada talian Internet.

Selamat Hari Hari (Good Day).

Semua Stesen Minyak Ditutup?

Fuh! Baik punya kabar angin tentang boikot minyak naik dan semua stesen minyak di Malaysia akan ditutup, kononnya. Akibatnya, orang ramai banyak terpengaruh dan berpusu-pusu ke Stesen Minyak. Aku baru lepas tengok Buletin Utama TV3, yang mana di KK Sabah jalan sampai jem gara-gara menunggu giliran mengisi minyak di stesen berdekatan. Heh. Sampaikan minyak di stesen pun tak cukup!

Tapi, dorang Petronas dah bagi jaminan bahawa stesen-stesen mereka akan terus dibuka dan tidak akan ditutup sama sekali. So, tak perlulah nak risau pasal stesen tutup wahai penunggang-pengunggang dan pemandu-pemandu sekalian!

Ada pulak satu isu yang stesen minyak akan menghentikan perkhidmatan membeli minyak menggunakan kad kredit. Ini berikutan harga minyak naik dan pengusaha stesen terbeban dengan komisen yang dikenakan oleh syarikat kad kredit. Maka dengan itu, pengusaha meminta kerajaan menaikkan komisen kepada mereka dari 3% kepada 6%.

Ternyata ekonomi kita sekarang menjadikan kita lebih alert dan bijak berpikir. Nak cakap banyak pun tak guna.

Doakan Malaysia, Doakan Pemimpin nya jugak!

SAPP Sabah Kurang Kepercayaan Kepada BN

Huhu. Satu Cabaran buat Pak Lah kali ini. SAPP sebagai komponen BN mulai gusar dan resah tentang kepimpinan Pak Lah selaku Perdana Menteri Malaysia.

Pengistiharan tiada kepercayaan terhadap Perdana Menteri

KOTA KINABALU, Jun 18, 2008:

Dalam ketetapan untuk mengukuhkan perlaksanaan dan kestabilan politik, rakyat Malaysia khasnya di Sabah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kini. Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskannya dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini, saya mengistiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kini.

Saya menurunkan tandatangan,

Eric
Enchin Majimbun


Sumber : Laman Web SAPP

Aku bukan anti BN, aku pun bukan pro anti-kerajaan. Yang pastinya aku sebagai rakyat Malaysia, mahukan perubahan untuk negara aku. Bebas rasuah, tidak berat sebelah dan kebajikan rakyat yang terbela, itu yang paling utama.

Maka, buatlah Perubahan Wahai Pemimpin Negara! Bukan buat perubahan yang membebankan.

Harga Minyak Naik Ke Paras RM2.70!

Ya.. masih murah berbanding di Thailand iaitu mencecah RM4 seliter. Kita semestinya kena ubah our lifestyle. Hidup sederhana. Jangan nak bergaya kalau harga minyak petrol RM2.70 pun nak bising.

Yang pastinya.. perbelanjaan kini semakin membebankan. Wat to do.. kan?

[BACA NI]

Apa lagi? Mulai berjimat!


 
Wapunya Blog! © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Distubed Tour