• Blockquote

    Sed dignissim mauris nec velit ultrices id euismod orci iaculis. Aliquam ut justo id massa consectetur pellentesque pharetra ullamcorper...

  • Duis non justo nec auge

    Sed dignissim mauris nec velit ultrices id euismod orci iaculis. Aliquam ut justo id massa consectetur pellentesque pharetra ullamcorper...

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Sed dignissim mauris nec velit ultrices id euismod orci iaculis. Aliquam ut justo id massa consectetur pellentesque pharetra ullamcorper...

Happy Holiday!

Happy Holiday to my fellow frens.. Enjoy yourself. Don't Drink and Drive.

To my Hindus and Muslims partners and frens, this is for you :

Peace.

Attitude

Tengahari tadi, hujan turun dengan kelebatan yang sangat luar biasa. Aku senyum girang, at least boleh meranapkan asap jerebu pemedih mata. Sekarang hujan dah berhenti. Aku lihat awan, namun aku masih tidak pasti.. adakah embun yang aku lihat itu jerebu atau wap air selepas hujan.

Apa yang berbeza.. suasana menjadi lebih dingin, setelah hujan selama sejam.

Itu cuma prolog.

Berbalik kepada isi entri ari ini, mengenai attitude :

Aku ke mekanik last saturday, serviskan skuter aku. Sedang mekanik memasukkan minyak hitam ke skuter aku, datang seorang mamat dengan aweknya.. naik Honda Cup, Wave 100.

Mamat : Geng, tayar berapa harga?

Mekanik : Tayar depan atau tayar belakang? ( Sambil menghabiskan sisa minyak hitam ke skuter aku)

Mamat : Ok, macam ni.. tayar belakang aku mau letak kat depan.. tayar depan yang baru nanti aku mau letak belakang.. berapa harga?

Mekanik : RM 45 sahaja.

Mamat : Wa! Aku tanya mekanik belakang rumah aku, RM42 saja!

Mekanik : Lu mau tidak mau. Sekali tukar la.

Mamat : Ok la.. tapi kasi tengok saya punya clutch lining.. auto clutch tak berfungsi lagi la.. apsal? Kalau mau tukar.. berapa?

Mekanik: Kejap, kasi tengok dulu apa problem.

Mekanik tu pun panggil member dia yang sorang.. supaya kasi tolong ngetest moto tu.. tengok problem clutch..

(Selesai ngetest)

Member mekanik : Ya, itu dia punya clutch sudah abis. Keping keping punya clutch.

Mamat : Berapa satu set?

Mekanik : Mau local punya atau bagus punya?

Mamat : Local punya.. Tapi jangan kasi itu Taiwan punya! Tarak bagus!

Mekanik : Original mau ka? RM150?

Mamat : Mahal la bos kalau ori.

Mekanik : Mau bagus punya, tapi tak mau mahal.. apa macam? Original memang bagus. Tapi mahal. Jadi amacam?

(Aku terpikir bila dengar perbualan dorang, tersenyum..)

Hmmm.. kita selalu mau yang perfect, tapi we are not willing to pay the price. Entri kali ini bukan berkenaan dengan benda fizikal semata-mata.. Ia boleh jadi benda yang tak boleh kita lihat.. sebagai contoh : Kita mau kaya.. mau hidup senang. Tapi takda usaha. Sebab kita pikir kalau berusaha, memakan masa. Tapi mau kaya cepat.

Itulah ATTITUDE.

Aku Senyum lagi bila menaip ni.

Turunlah Membasahi Bumi

Kalau 2, 3 minggu lepas, hometown (Kuching) aku diserang embun pemedih mata (jerebu).. now kini berjangkit pulak di KL. Terkena lagi. Mana aku nak sorok.

Aku perlukan udara yang segar buat masa ini. Tekak aku dah rasa lain macam. Kandungan oksigen di udara mulai berkurangan ditelan asap yang datang entah dari mana. Matahari nun jauh.. nampak bulat berwarna oren. Seperti aku juga yang kuyu dan longlai. Aku perlukan oksigen.

Doakan agar hujan semulajadi turun. Turun membasahi Bumi.

You Decide the Title

Sekian lama aku meninggalkan blog ini. Satu masalah yang ada pada aku, iaitu cepat bosan dan mudah buntu idea. Lepas makan, baru idea melimpah balik. Hehe!

Itu salah satu sebab. Lagipun kebelakangan ni, agak bz dengan segala macam benda. Due date untuk web submission dah dekat. Banyak kena buat dan finalise. Ni sekarang tak lama lagi aku akan jadi one man show since my collegue yang sorang tu akan ambik maternity leave. Aku bukan graphic designer macam dia. Graphic design aku tahap amatur. Banyak benda yang kena ambik kira berbanding graphic design untuk web. Kena high-resolution image, at least 300 dpi, outline, etc etc. Syukur jugalah boleh belajar sikit2. Illustrator? Aku tak pandai melukis guna Illustrator seperti member aku buat!

Aku hanyalah seorang pembangun laman web. Masih juga belum mencapai tahap yang aku inginkan. Learning is a process. Aku mula minat buat web start aku lepas form 5. Masa tu, aku "ter"buat dengan html editor jer yang pada masa tu aku guna, Netscape Composer. Haha! Main taip jer.. Mana reti codings. Import images.. itu ini.. bila aku view kat browser, aku HAPPY la.. lawa! Best! Berkelip-kelip! Fancy! (dulu la). Then.. lama-lama upload ke free webserver.. geocities.com, xoom.com, tripod.. banyak lagi. Happy-happy dan happy lagi!

Lama-lama aku mula la belajar HTML coding dari apa yang dah di'auto generate'kan oleh Netscape Composer. Oleh kerana dia auto generate WYSIWYG, banyak jugak la nonsense punya codes. Takpe. Try testing kat notepad.. Self learning. Dulu sering aku lupa macam mana nak masukkan image punya coding haha! Yelah, kat WYSIWYG editor.. kita main select jer. Senang, Mudah.. tapi sampai bila nak maju? Kan? Kan? Di ketahui oleh Mysticmind, susah pulak!

Then aku mula la buat website.. dari static web ke dynamic web, aku lebih kepada open source.. PHP programming. Now, dan zaman Web 2.0. Banyak teknologi web yang wujud. Dan aku agak, sampai bila-bila pun kita akan masih belajar. Kalau kita hebat, Pikir 76 kali lagi ... sebab The Best is Yet to Come. Banyak lagi wooo di hadapan. Sekali lagi.. Learning is a Process. Proses yang takkan berakhir.

Apa yang cuba aku ceritakan dalam entri kali ini? Kalau masih tak reti, baca sekali lagi. Membaca pun satu proses kan? Begitu juga time aku menaip semua ni.. it's all about process. Time ni aku baru nak mula kumpul portfolio aku yang tak seberapa. Itu juga process.

Salam buat semua!
 
Wapunya Blog! © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Distubed Tour