Wapunya Blog!
Direct From My head

Apa itu Kawan?

Posted In: . By LoudSpeaker

  1. kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak...
  2. kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
  3. kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
  4. kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
  5. kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
  6. kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde.. hujan gerimis baru muncul..
  7. kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
  8. kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
  9. kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.


 

Newsbreak

Posted In: , . By LoudSpeaker

Ini bukan lagi kejutan buat semua rakyat Malaysia. 2 "Bukit" bukan lagi milik Barisan Nasional. Apakah ini akan terus menjadi TREND politik di Malaysia? Belum cukup dibuktikan dengan piliharaya ke-12 yang lepas,  kini "The People's Power" terus menjulang nama.

Perubahan demi Perubahan.

 

Karenah.

Posted In: . By LoudSpeaker

Memang lumrah menjadi seorang freelancer. Terlalu baik pun susah. Terlalu strict pun susah. Berhadapan dengan perlbagai jenis attitude clients. Ada client yang semua nak urgent, sampai kul 10 malam pun telepon tunggu amendment yang disuruh buat. Itu takpa, sebab we are paid to do their stuff.

Tapi bila semua sudah ok, sudah settle, sudah siap, sudah final.. part nak tunggu bayaran sampai mencecah 3 bulan. Janji itu ini. So tadi aku antar email lagi, mintak bayar payment due Dec 2008 - Jan 2009. Ni dah nak abis APRIL FOOL dah, namun belum ada respon.

Aku tidak merungut. Aku tiada tempat nak meluahkan rasa ini. Namun daripada banyak-banyak client yang ber"attitude" begini, aku belajar banyak benda. Sentiasa berikan yang TERBAIK. Dengan cara ini, anda akan puas. Sungguhpun begitu aku juga belajar untuk menjadi lebih TEGAS.

Macam-macam, kan?

 

Ketidakadilan Sejagat

Posted In: . By LoudSpeaker

Selalu berlakunya ketidakadilan dalam undang-undang di Malaysia. 2 hari lepas kita dengan editor Malaysia-Today iaitu Raja Petra ditangkap under ISA. Lepas itu Teresa Kok dari DAP. Then, wartawan Sin Chew Daily iaitu Tan Hoon Cheng.



Mereka dikatakan mengancam keselamatan dalam negara. Pada pendapat aku, mengapa seorang pemimpin yang pernah menimbulkan isu "racist" di dalam ucapannya di sebuah parti itu, tidak pulak ditangkap under ISA? Bukankah itu pun termasuk dalam kategori "mengancam keselamatan negara". Silap haribulan, perbalahan kaum boleh terjadi gara-gara statement beliau. Syukurlah kita di sini mengamalkan tagline "Malaysia Boleh". Beliau hanya digantung jawatan dalam parti selama 3 tahun.

Memang pelik, bukan?

 

Nah. Mintak maaf pun tak nak.



10/09/2008 5:50pm

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk
Ahmad Ismail yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan
kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum digantung keahlian dan
dilucutkan hak-haknya di dalam parti selama tiga tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara
itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari
ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO
berkata, MT turut memutuskan bahawa parti komponen Barisan Nasional
yang lain harus mengenakan tindakan tegas jika ahli mereka turut
melakukan perkara demikian (menyentuh sensitiviti kaum). - Utusan

[Via Utusan]





Ahmad Ismail, isu perkauman tidak harus diperkatakan. Kecualilah kalau ko bukan hidup di negara Multi-Racial. Sekarang ni, jangan pikir politik kaum. Pikirkan rakyat.