• Blockquote

    Sed dignissim mauris nec velit ultrices id euismod orci iaculis. Aliquam ut justo id massa consectetur pellentesque pharetra ullamcorper...

  • Duis non justo nec auge

    Sed dignissim mauris nec velit ultrices id euismod orci iaculis. Aliquam ut justo id massa consectetur pellentesque pharetra ullamcorper...

  • Vicaris Vacanti Vestibulum

    Sed dignissim mauris nec velit ultrices id euismod orci iaculis. Aliquam ut justo id massa consectetur pellentesque pharetra ullamcorper...

Ah Long

Paip najis di bawah blok rumah aku sekarang dah macam gedung BULETIN BOARD milik AH LONG (baca: ceti). Aku bosan.





Nak cari nahas?

Hello Ah Long, lu mau kasi pinjam gua RM100,000? Boleh la! Gua betul-betul perlu RM100,000 ni. Boleh la Ah Long. Nanti gua bayar la kalau duit tu sudah gua kasi pusing time World Cup nanti. Kalau gua tak bayar, lu bakar la kereta gua. Simbah cat merah depan rumah gua ka. Amacam?

Sama-sama cari duit. Ah Long perlu duit (sebab tu la interest bapak segala tinggi), Semua orang perlu duit. Tapi kena pikir logik. Fikir macam mana nak solve masalah secara logik.

Poligami

Puisi Suami
********************************

Istriku, jika engkau bumi, akulah matahari.

Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.

Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.

Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu.. Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illa hi sinaranku diperlukan diplanet lain...


Balasan Puisi sang istri
********************************

Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya, aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah

TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII.. Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja, jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!

Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.

Lihat lah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ?

please lah...!!!

Jadi Jutawan

Ari ni dalam Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 8 Mei - Setelah lebih 32 tahun terlibat dalam perniagaan, bekas guru, Nafsiah Yeop Abdullah tidak menyangka akhirnya bergelar jutawan dengan hanya menjual serunding daging.

Bayangkan dalam usia 67 tahun, dunia perniagaan yang diceburinya sejak muda, memberikannya pulangan lumayan sebanyak RM2.5 juta setahun.

Satu ketika dulu, beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi kaya, lebih-lebih lagi apabila cubaan pertama menjual daging ayam di pasar tani tidak mendapat sambutan.


Korang rasa, senang atau tak dia nak dapat pulangan RM2.5juta setahun? Senang sangat ker? Kalau setakat nak goyang kaki tunggu duit gugur dari langit, sampai bila-bila pun takkan kaya. 32 tahun bekerja keras dan dapat hasilnya. Itu baru hard-gained money. Besar nilainya dengan usaha yang telah beliau invest. Itu yang bagus.

Selain Nafsiah, pemilik Ramly Burger, Ramly Mokni dan penternak lembu kambing, Mohd. Nazri Md. Hassan turut terpilih menerima anugerah tersebut.

Ramly, 50, meraih pendapatan sehingga RM200 juta setahun dengan menjual, membekal dan memasarkan sendiri produk makanan burger dan nuget ayam serta daging.

Beliau juga membuktikan tanpa ijazah atau diploma, dia mampu meraih pendapatan kira-kira RM1 juta sebulan.

Apa yang penting, katanya, mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan harus mempunyai minat mendalam terhadap bidang itu.


Setuju. Tak perlu education yang tinggi untuk berjaya. Minat. Kalau tau caranya, semuanya tak mustahil. Bukanlah aku cakap education tu tak penting, tapi kalau mereka yang takda pendidikan tinggi boleh berjaya.. kenapa tidak kau yang punya SIJIL, DIPLOMA, IJAZAH tu tak boleh?

Sekarang, banyak iklan tertampal di bus stop, di pondok telepon dan di pokok-pokok yang mengajak kita menceburi bidang peniagaan "RM300-RM1800 pendapatan sehari tanpa menjual produk".. atau sebagainya. Mustahillah! Mana-manapun perniagaan sendiri, you need to work hard. Tiada istilah goyang kaki dapat duit. Kalau adapun, ia takkan kekal lama. Percayalah.

Tsunami Era Baru

Saya pasti ramai diantara kita internet user yang pernah terjumpa / terklik (sengaja atau tidak sengaja) dengan laman web yang dimiliki oleh 'Akmal Ariff' ni bukan? Mungkin segelintir daripada kita yang akan jawab "Sudah tentu! Aku memperoleh mendapatan yang lumayan selepas menjadi affiliate tsunamiwang". Atau ada juga akan kata "Ya! Memang berkesan formula Akmal Ariff ini!"

Dalam semua itu, tak kurang juga yang akan kata ebuku ini RUBBISH! Jangan Beli! Sebab apa? Cemburu? Iri hati? Atau mungkinkah isi ebuku ini benar2 "RUBBISH" ? Nah, entri hari ini bukanlah bertujuan nak menjual tsunamiwang tapi aku agak tergerak untuk tulis sikit tentang perniagaan seumpama ini. Jika benar, buku tsunamiwang ini ditulis oleh Akmal Ariff ini benar-benar ebuku yang original dan bukan hasil copycat mentah, aku memang 100% respect tabik dengan pendapatan RM55k yang diperolehi beliau.



Huh! Kalaulah aku tau isi kandungannya, hai.. Ah! Bukan aku sorang. Aku tau bukan semua agen affiliate buku tsunamiwang tu pernah baca buku ni! Aku berani jamin la! Membeli buku tsunamiwang bukan syarat untuk menjadi agen. As long kau jual! kau dapat komisen. Cukup lah! At least dapat jugak RM20. Tugas mudah.. antar email, sebar iklan. Promote sini sana. Sampaikan ada yang tak puas hati. Kesian.

Usahawan internet sepatutnya mereka yang benar-benar jujur menjalankan perniagaan. Aku bukan nak kata tsunamiwang itu tak jujur. Aku neutral. Tapi aku lebih bangga kalau aku sendiri mampu untuk menulis ebuku tentang topik UNIK yang bisa menjadi jawapan untuk persoalan orang. Dengan cara ini, aku lebih puas! Aku yang tulis sudah pasti aku puas, ape kelas kalau copy & paste! Tak begitu? JUJUR. Kalau tak mampu menulis ebuku, Blogging pun boleh menjana pendapatan. Apalagi mau tunggu? Apakata kita mulakan TSUNAMI ERA BARU kita lepas ni?

Bye-Bye Thomas Cup

Frust sungguh. Tak terkata. Sudah hampir untuk ke Final namun kecundang jua. Kalaulah Hafiz menang, kan bagus! Selamat tinggal Thomas Cup. Malaysia kalah dengan Denmark 2-3.


Joachim Persson

DENMARK were seen to be much stronger in the doubles but it was their singles players who gave them the 3-2 win over Malaysia in the Thomas Cup semi-finals yesterday.


Sumber : The Star

Sebab kau pandai, I'll follow you?

Begitulah. Baru puas hati. Kadang-kadang kita pikir kita pandai dan kita nak bagitau semua orang yang kita inilah yang hebat. Ada knowledge. Ada pendidikan. Ingin memberitahu dunia bahawa kita lah yang betul. Apa yang ada dalam kepala otak kita 100% betul. kita punya falsafah sendiri. Orang pandai memang creative bila time buat lawak. Kau mampu ke buat begitu? Memang creative! Cuma agak ketara untuk menjatuhkan reputasi diri sendiri.

Malu. Jellyfish? Jangan nak tuding jari ke arah orang lain kalau kita tak sempat nak baiki diri kita sendiri. Kalau kita pikir kita hebat, pikirlah.. dari mana asal kamu. Learn to respect. Baru aku respect apa yang kau kata. Tak payah aku respect. Cukuplah kalau budak 6 tahun respect kamu. Kalau tidak, sia-sia saja nak influence orang.. Walk the Talk la, kawan.
 
Wapunya Blog! © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Distubed Tour