Anwar Ibrahim Menang!

Tahniah DSAI kerana menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Ternyata rakyat mahukan perubahan dan fed-up dengan janji kerajaan sekarang. Sungguh ketara sebelum pilihanraya, banyak isu-isu dibangkitkan di television, di Berita Harian, di Utusan Malaysia. Aku pun jadi pelik. Sekarang baru mau bangkitkan isu?

Tapi itu masih tidak berjaya mengumpan kepercayaan rakyat. Sudah serik. Trick sebegini orang sudah lali lah.

Yang hairannya, kenapa Pak Lah senyap jer, eh? Asyik Datuk Najib jer yang buat statement, buat komen.. etc etc. Apa dah jadi?

Malaysia kini bukan Malaysia yang dulu. Kini rakyat sudah makin matang dan berpendirian.

Tak gitu? Tahniah Malaysia! Mara ke Putrajaya, DSAI.

1 comments:

  1. Anonymous said...:

    tempah tshirt ubuntu kt blog aku...

 
Wapunya Blog! © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Distubed Tour