You Decide the Title

Sekian lama aku meninggalkan blog ini. Satu masalah yang ada pada aku, iaitu cepat bosan dan mudah buntu idea. Lepas makan, baru idea melimpah balik. Hehe!

Itu salah satu sebab. Lagipun kebelakangan ni, agak bz dengan segala macam benda. Due date untuk web submission dah dekat. Banyak kena buat dan finalise. Ni sekarang tak lama lagi aku akan jadi one man show since my collegue yang sorang tu akan ambik maternity leave. Aku bukan graphic designer macam dia. Graphic design aku tahap amatur. Banyak benda yang kena ambik kira berbanding graphic design untuk web. Kena high-resolution image, at least 300 dpi, outline, etc etc. Syukur jugalah boleh belajar sikit2. Illustrator? Aku tak pandai melukis guna Illustrator seperti member aku buat!

Aku hanyalah seorang pembangun laman web. Masih juga belum mencapai tahap yang aku inginkan. Learning is a process. Aku mula minat buat web start aku lepas form 5. Masa tu, aku "ter"buat dengan html editor jer yang pada masa tu aku guna, Netscape Composer. Haha! Main taip jer.. Mana reti codings. Import images.. itu ini.. bila aku view kat browser, aku HAPPY la.. lawa! Best! Berkelip-kelip! Fancy! (dulu la). Then.. lama-lama upload ke free webserver.. geocities.com, xoom.com, tripod.. banyak lagi. Happy-happy dan happy lagi!

Lama-lama aku mula la belajar HTML coding dari apa yang dah di'auto generate'kan oleh Netscape Composer. Oleh kerana dia auto generate WYSIWYG, banyak jugak la nonsense punya codes. Takpe. Try testing kat notepad.. Self learning. Dulu sering aku lupa macam mana nak masukkan image punya coding haha! Yelah, kat WYSIWYG editor.. kita main select jer. Senang, Mudah.. tapi sampai bila nak maju? Kan? Kan? Di ketahui oleh Mysticmind, susah pulak!

Then aku mula la buat website.. dari static web ke dynamic web, aku lebih kepada open source.. PHP programming. Now, dan zaman Web 2.0. Banyak teknologi web yang wujud. Dan aku agak, sampai bila-bila pun kita akan masih belajar. Kalau kita hebat, Pikir 76 kali lagi ... sebab The Best is Yet to Come. Banyak lagi wooo di hadapan. Sekali lagi.. Learning is a Process. Proses yang takkan berakhir.

Apa yang cuba aku ceritakan dalam entri kali ini? Kalau masih tak reti, baca sekali lagi. Membaca pun satu proses kan? Begitu juga time aku menaip semua ni.. it's all about process. Time ni aku baru nak mula kumpul portfolio aku yang tak seberapa. Itu juga process.

Salam buat semua!

0 comments:

 
Wapunya Blog! © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Distubed Tour