Cukup teknologikah anda?

Jika tahun lepas kau beli iPad 1, tahun ni sudah mau keluar iPad 2. Wow, cepat giler teknologi. Itu baru produk Apple dan belum lagi gajet-gajet hebat jenama yang lain, kan? Hah! Itulah teknologi.

iPad

Beberapa hari lepas ada aku dengar sorang ni mau jual dia punya iPad 1. Baru 7 bulan pakai, 16GB dengan harga RM1200. Dia bagitau, dia beli RM1900. Why? Sebab dia nak beli iPad 2. Dengar cerita, iPad 2 akan launch di Singapore April 2011 ni? Ai, aku rasa iPad 1 pun belum lagi abis dia nikmati apps yang beribu-ribu banyaknya di Appstore.

"Pakai je la dulu eh.." kataku dalam hati.

"Menyesal?"

Jangan menyesal. Itu perkara biasa.

Windows XP ke Windows 7? Aku sendiri pun ambil masa 2 tahun ++ before aku upgrade dari Windows XP ke Windows 7. Oh teknologi.

Tahu/faham tentang teknologi dengan menggunakan teknologi itu sendiri adalah DUA perkara yang berbeza. Apa gunanya menggunakan teknologi itu jika tidak tahu akan fungsinya? Seumpama menggunakan telefon pintar #android #WP7 #IOS yang lengkap dengan apps, WiFi, 3G dan seanteronya tetapi hanya gunakan telefon tersebut untuk menghantar / menerima SMS dan buat panggilan sahaja? Bila lebih daripada itu, konfius, lost in space. Beli aja telefon bimbit asas yang berharga RM99, murah dan lebih efisyen untuk anda. Ini benar.

Tidak salah untuk up-to-date dengan teknologi walaupun tidak mampu menggunakan teknologi tersebut, bukan? Ini benar. Jika mampu, beli. Juga tidak salah. Lebih praktikal.

Mana satukah anda?

ps : Aku teringin sungguh untuk memiliki seunit #android pad. Yang China punya pun jadilah. ;)

0 comments:

 
Wapunya Blog! © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Distubed Tour